Selasa, 23 April 2024

Sarapan Dengan Laksa Goreng Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Ada lebihan laksa kat rumah, so pagi ini kita gorenglah...... 
Daripada buang so kita masak lah.... tak banyak bahannya... apa yang ada kat peti ais jer..... 
Laksa goreng ini kegemaran Najwa tapi dia kat hostel......

Laksa goreng dengan air suam
air suam jer, sebab next week nak gi check up........ hehehe......

Isnin, 22 April 2024

Sarapan Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Sarapan ahkak pagi ini


Nasi Impit
Rendang Ayam Cili Api

Rendang ayam cili api request by Najwa. Nak bawa balik ke hostel, nak jamu kawan-kawan biliknya.....  bila buat rendang maka mama pun rebuslah nasi impit untuk dia orang.....
Ada lebihan mama bawa bekal pagi ini......

Alhamdulillah kenyang.........

Selamat Menduduki Peperiksaan Buat Najwa

 Assalamualaikum,




Selamat menduduki peperiksaan buat Ain Najwa. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang peperiksaan. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.


Ahad, 21 April 2024

2 Jam Perjalanan Dari Nilai Ke Shamelin

 Assalamualaikum,

Najwa balik hostel dalam pukul 5.25 pm tadi. Mula nak gerak pukul 5 petang tapi hujan turun dengan lebatnya. So suruh dia tunggu sehingga hujan reda. Hari ini dia balik sorang saja sebab kawan yang selalu tumpang dia tu pagi lagi dah gerak ke KL. Nak teman dia, dia tak kasi... dia boleh drive sorang-sorang katanya....


Whatsapp gambar ini
Jammed sampai Cyber katanya


Hantar gambar ini pula
Masa tu 6.41pm
Jammed dekat Mex


Naik bukit dekat Mex
Merangkak katanya
Jauh lagi nak sampai ke persimpangan Bukit Jalil tu


Alhamdulillah selamat sampai kat hostelnya
7.20 pm
Hampir 2 jam perjalanan dari Nilai ke Shamelin
Jammed teruk hari ini
Kedua-dua arah katanya...

Sabtu, 20 April 2024

Balik Linggi sekejap

 Assalamualaikum,

Hari ini balik ke Linggi sekejap, ada urusan seri paduka baginda...... hehehe...

Kami keluar awal nak mengelakkan jammed kat Rantau. Hari ini kan Tok Mat buat open house.

Tapi sempat lagi singgah rumah MIL, breakfast dulu.... en. Suami saya dah balik semalam so saya suruh dia belikan sarapan kat Nyatoh sebab takut bila kami sampai makanan dah habis.... nasi lemak dan mee karinya sedap... dah beberapa kali try nak sarapan kat situ tapi dah sold out.....

Ini lah gerainya
Tepi jalan Nyatoh Rantau

Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar
Nasi lemak kerang
Sambalnya sedap

Mee kari

Lepas sarapan kami gerak ke Linggi

Lalu jer
Tak singgah pun

Shuttle bas ke rumah Tok Mat

Nasib tak jammed teruk

Lepas settled kat rumah Pengkalan Durian
Kami ke kedai Kak Ngah kat Pedas
Beli lauk
On the way balik ke Linggi
Kami singgah dekat Sabak Salai Pedas








Memborong kuih tradisional
Masa ini dah gelap nak hujan...


Singgah Pekan Linggi
Ambil gambar jer
Tak makan pun kat sini
Kami tak pernah makan kat sini since viral


Kami pergi kedai sebelahnya
Pekena cendol kurang manis


Bye bye rumah kampung
Kami lalu jer
Tak singgah 

Rabu, 17 April 2024

Raya Ke Tiga

 Assalamualaikum,

Hari Raya Ke 3 selepas solat Jumaat kami dah tutup rumah Linggi. Balik ke rumah masing-masing. InsyaAllah berkumpul semula pada hari raya haji........

Tapi sebelum balik ke teratak masing-masing, kami pergi beraya ke rumah Mak Cik kami di Pengkalan Durian..........





kuih tradisional
Atas: Kuih Khasidah
Bawah: Kuih Kesirat
Masa zaman remaja dulu, kuih-kuih tradisional ni kita lah yang selalu tolong arwah nenek buat
now kalau orang tanya, resepinya pun kita tak tahu....
Mak Cik pun dah bising, belajar lah buat katanya.......
bukan tak nak belajar, remeh nak membuatnya.......
kita nak yang simple dan senang jer........
jawabnya, beli ajer.... bila teragak........

Selepas beraya kat rumah Mak Cik kami gerak pula ke Kuala Sawah
beraya di rumah Kak Mai, suaminya dua pupu kami.....

Kat rumah Kak Mai kami makan nasi rendang maman
dan ada juga sup dan
ikan siakap beserta ikan masin....


rendang mamannya sedap tak pahit....
beria ahkak dan Yasmin meratah...
tak sangka Yasmin suka rendang maman.......

Isnin, 15 April 2024

Raya Ke Dua

Assalamualaikum,

Raya Ke Dua full house ya... memang padat.... kali ini ramai yang datang berziarah.... kan salah seorang dari ahli keluarga kami meninggal pada 24 Ramadhan.... so yang tak dapat ziarah itu hari pada raya ini lah dia orang berziarah....

Tok Cik Embok dengan anak-anak dan cucu-cucunya

Adik bongsu kami yang sakit pun ada balik
balik seorang..... wife dan anak-anak tak follow..... 
Mak Cik dan anak-anaknya
2 anaknya tak dapat balik Linggi
yang sulong balik ke rumah mertua
yang nombor dua pagi raya kedua tu anak bongsunya admitted
Asthma........

Tok Cik Embok
uzur dah......
tapi masih ingat lagi.......

Adik bongsu, Mak Su, Tok Cik Embok dan Mak Lang Yah
belakang tu Mak Cik dan anak lelakinya...


Full House
Kedua-dua meja penuh






Ini kat bawah ya
kat serambi pun penuh dengan anak-anak buah dan cucu-cucu......
Meriah sungguh.....

Yang baju purple tu abang kami yang sulong bersama isteri dan anak sulongnya
singgah sekejap sebelum ke rumah anak no. 2 nya di Bagan Lalang

Menu kami pada raya ke dua
Nasi Lemak
Laksa by Kak Ngah pula
Ketupat palas dan rendang Perlis
Lemang

Raya kedua kami memang tak sempat nak berpakaian baju raya
dari pagi lagi dah duduk kat dapur.....

kami adik beradik, Mak Su dan sepupu sepapat.......


perempuan sahaja

Lepas tu kami bakar sate pula
ini round yang ke 3 ya.......
yang pertama dan kedua tak sempat nak snap gambar.........


My sis

bakar-bakar dan makan kat situ jer......
tak sempat bawa masuk ke dalam rumah



Malam
Anak dan cucu  Arwah Tok Long datang beraya...


seronok melayan sedara mara......
bukan selalu jumpa......